statement by Sdri Chong Eng as Wanita DAP chief, 13th September 2008
The high handed arrest of 3 innocent citizens of Malaysia including a parliamentarian and State Exco Member YB Teresa Kok (PR-DAP Seputeh) and their UNJUST detention under ISA is a mockery to the rule of law and democratic principles in our Country.
Wanita DAP condemns this act of the Barisan Nasional Government led by Abdullah Ahmad Badawi for the misusing of legal power to deal with the public press and opposition politicians.
The arrest of YB Teresa Kok, our beloved Comrade and National Organizing Secretary, is tantamount to denying the Rakyat their democratic rights and gagging the voice of the Rakyat because YB Teresa is their elected representative in both the august Parliament and the Selangor State Assembly.
Meanwhile the arrest of YM Raja Petra Kamarudin, the editor of Malaysia Today website and Ms. Tan Hoon Cheng, a reporter from Sin Chew is a form of intimidation towards truth-reporting in the media and amounts to the suppression of media freedom in Malaysia.
While Ms. Tan has been released today after suffering from the unnecessary ordeal last night, Wanita DAP calls for the immediate release of both YB Teresa Kok and YM Raja Petra together with all other ISA detainees or to charge them in a criminal court through proper legal procedures. We also call for the repel of ISA which is not only principally unjust but also ultra vires to the Federal Constitution of Malaysia which guarantees the rights to legal representation to all citizens charged under the law (article 5).
We are also disappointed with Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s incompetence in handling the Ahmad Ismail issue and allowed it to be blown out of proportion. Abdullah Ahmad Badawi should apologize to the Rakyat of Malaysia for firstly failing to purge UMNO of communal and racist politics and secondly for letting the Ahmad Ismail issue develop to this critical stage.
Finally, we urge all peace loving Malaysians to stay calm in such as time as this. We must stand together as one Bangsa Malaysia to fight against injustice and the misuse of power by the Barisan Nasional Government of Abdullah Ahmad Badawi. May we draw strength from each other as we draw nearer together to be committed to peace, non-violence and a better Malaysia.
Hidup Rakyat Malaysia!
No to ISA!
Chong Eng
National Deputy Secretary General
Democratic Action Party
——————– Bahasa Malaysia ——————–
Kerajaan BN Menyalahgunakan Kuasa Perundangan – Bebaskan Semua Tahanan ISA Serta Merta
Penahanan 3 orang warganegara Malaysia termasuk seorang Ahli Parlimen dan Ahli Exco Negeri Selangor YB Teresa Kok (PR-DAP Seputeh) di bawah undang-undang tidak adil Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah suatu penghinaan kepada pentadbiran undang-undang (”rule of law”) dan prinsip demokrasi di negara kita.
Wanita DAP mengecam tindakan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah Ahmad Badawi kerana telah menyalahgunakan kuasa perundangan terhadap media masa dan ahli politik Pembangkang.
Penahanan YB Teresa Kok, Saudari seperjuangan kami yang juga merupakan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, adalah umpama Kerajaan Barisan Nasional telah menafikan hak demokrasi Rakyat serta membisukan suara Rakyat kerana YB Teresa merupakan wakil mereka yang dipilih secara demokrasi ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Pada masa yang sama, penahanan YM Raja Petra Kamaraudin, editor laman web Malaysia Today dan Cik Tan Hoon Cheng, wartawan daripada akhbar Sin Chew merupakan suatu sekatan terhadap kebebasan media di Malaysia.
Walaupun Ms. Tan telah dibebaskan pada hari ini selepas mengharungi pelbagai kesulitan semasa ditahan, Wanita DAP menggesa agar kedua-dua YB Teresa Kok dan YM Raja Petra bersama-sama dengan tahanan ISA yang lain dibebaskan serta merta ataupun didakwa di dalam mahkamah mengikut proses perundangan yang betul. Kami juga menggesa agar undang-undang tidak adil ISA dimansuhkan dengan segera kerana ianya bukan sahaja kecam dan tidak adil tetapi juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan bahawa semua warganegara Malaysia yang didakwa di bawah undang-undang akan diberi peluang untuk perwakilan peguam dan pembelaan (Artikel 5).
Kami amat kecewa dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi kerana gagal mengendalikan isu Ahmad Ismail dengan baik. Abdullah Ahmad Badawi patut memohon maaf daripada Rakyat Malaysia kerana gagal menghapuskan politik perkauman dalam UMNO serta ketidakupayaan dalam mengendalikan isu Ahmad Ismail sehingga menyebabkan kes tersebut berkembang ke tahap yang kritikal ini.
Akhir sekali kami ingin meminta supaya semua Rakyat Malaysia yang inginkan keamanan supaya bertenang pada masa seperti ini. Kita mestilah berdiri bersama sebagai satu Bangsa Malaysia yang bersatu untuk melawan ketidakadilan dan penyalahgunaankuasa oleh Kerajaan Barisan Nasional Abdullah Ahmad Badawi. Semoga kita mendapat ilham dan kekuatan daripada satu sama lain apabila kita bersatu untuk membina sebuah negara Malaysia yang makmur.
Hidup Rakyat Malaysia!
Mansuhkan ISA!
Chong Eng
Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan
Parti Tindakan Demokrasi (DAP)






0 Response to “BN Government Misuse of Legal Power – Release All ISA Detainees Immediately”